AsMissY Blog List

Thursday, August 25, 2011

SaLaM SeSuCi SyaWaL


Ampun dan maaf andai
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsentuh yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi yang kena mengena

"Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga.."

Wednesday, August 24, 2011

Friday, August 19, 2011

MeRaH MaK nGaH

Theme kami tahun ini.. Kekonon nk rotate warna dark red, jap lg suda bertukar ke merah. So tahun ni, merah le theme kami anak beranak.. Utk aku n Nia dh settle tp xtau le kekalo ad penambahan.. Hik Hik..   Daddy nye je belum, lelaki sng cr x mcm pompuan.. Hahaha.. Ape2 pun, Alhamdulillah.. Syukur kpd-Nya..

Dsebabkan xberape nk bz skang ni, x sbar je rs nk beraye.. Walaupun xde bonus mcm kengkawan yg len, merase bonus husband pun jd le.. Huhu.. Sob Sob Sob.. Shedeyyyyyyyyyy bangat deh..

Thursday, August 18, 2011

SamPeriT DaNia

Kekekkeeke.. nk tergelak aku dgn gelaran kuih yg suke suki aku je kan.. Hehehe.. Bkn ape, ank aku si cenonit tu yg beriye2 ajak aku wat kuih.. Xnyempat2.. Jd aku layankn je le.. TQ to husband cuz menolong gujak kami di dapur.. Wink Wink..
 
 

Bhn2 mudah je (tepung gandum, tepung jagung @ castard, gula, butter, esen vanilla, ceri)




Itulah hasilnye Samperit Dania.. Hik Hik.. Leh la, tu.. nk cecantik xpandai.. Huhu.. Abaikan design yg lain mcm tu (ats sebelah kanan).. Tu adalah design husband aku.. Ntah ape2 ek..?
(Lupe nk snap pic ms adunan td dh jd doh..) 





Akhirnye selamat gujak kuih aku msuk ke dlm oven.. Alhamdulillah..

Tuesday, August 16, 2011

"It's a mistake
Mistake to..?
Try not to think
But it hurt me so much
Too hard to xplain
Let it be
Let it go
Let it flow
Prayin for miracle to come along the way
InsyaAllah..
To get me out from the thing @ place dat i stuck to.."

Thursday, August 11, 2011

PoPia GoReNg & BaNDunG WaRisaN

Korg jgn tergelak plak dgn nm popia tu.. Actually, recipe tu dr MIL yg tersayang.. Hik Hik Hik.. Dh byk kali tolong buat, so, nk try le jamu mak, abah, adik beradik, husband n Nia sempena bulan pose ni kn..

Tak susah pun.. Antara ingredients:

Utk Tumis

-Bwg merah/Bwg putih jerk..
Inti Popia

-taugeh
-kucai
-mixed vege
-sengkuang
-udang - potong comey2 (kalo kurang nk blend dgn bwg merah/bwg putih pun leh)

Utk kulit popia lak, korg bl je yg ad kt supermarket tu..


Lps menumis n naik bau, masukkan dl udang n tnggu smpai separuh msk.. Kendian br korg msukkn sume sayur2 td n goreng smpai msk.. (tp korg agk2 gujak la jgn smpai layu sgt taugeh tu cuz kt nk mkn n rs crunchy sayur n gujak kulit popia tu)

Mcm tu le hasilnye popia yg telah siap disalut dgn inti td.  Ops.. Lupe lak.. Utk pastikan kulit popia tu lekat korg standby kan tepung yg ditmbh dgn air.. Kt penghujung tu sapukn sikit tepung cair td. Jdnye bl korg menggoreng, xde le popia td terbukak..
Itulah hasilnye lps menggoreng.. Pic xbp nk cntik, sowey la, ek.. huhu.. Ape2 pun, selamat mncube..

Ad lg satu warisan MIL yg mnjadi favouritas husband n dgn aku skali,
air bandung.. Xsm ngn air bandung yg len cuz.. Korg check ingredients kt bwh.

-sirap

-ice cube (lg byk lg sdppp.. slurpppppp..)

-susu cair

-garam (skit je)

-ice cream soda (yg sdp ice cream soda yg dlm bottle kaca tu.. kt bandar, xpsti le aku ad jual ke x.. slalu aku bl kt kg)

Cara2nya:

-korg mik bekas yg bsr ye dan ltk sirap.

-masukkn pulak ice cube n susu cair.  Sesambil tu korg kene kacau2 smpai sebati

-last sekali baru masukkn ice cream soda (kalo letak awl, nnti bergentel). Korg kacau dan kacau dan kacau.. Ianya akan berbuih tau, korg jgn pulak surprise..

-pas tu br ltk garam skit n sesambil tu rs le

Sekian, utk hr ni.. TQ..

OuR BuFDaY:BaSKin RoBBinS




Dania's happy faces during our cake cutting.. Hehehe..

Monday, August 8, 2011

AuGusT 8, 2011

"EPY BUFDAY" to me.. Mudahan dipermudahkan segala urusanku, InsyaAllah..



AuGusT 7, 2011

"Epy Bufday" ank mummy.. U are now 3 years old, darling.. But for us, u are still my cutie lil princess.  BTW, Mummy & Diddy xbl lg pun bufday gift utk Nia.. Asyik sbuk dgn preparation utk raya.. InsyaAllah, nnti Mummy n Diddy crkan..  Ape2 pun, cpt sungguh ms berlalu..


New born Dania (August 7, 2008-1105 pm)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*








Thursday, August 4, 2011

KisaH NoRMa & TaLib

4 hari aku bc kisah ni yg pada mulernye di forward oleh one of my xschoolmate.. Hr ni baru abis bace kisahnye.. Brain Cancer stage 4..!Amatlah sedey tp sedey lg org yg menanggungnye.. Pedih lg, ht sang suami melihat isteri begitu.. Kasihan dan luluh hati ini melihat si kecil, Rafiq, yg xdpt lg merasai kasih seorg ibu..

Ya Allah, amat besar dugaan Mu terhadap mereka ini. Mudahan Talib sabar dengan dugaan yang diberi oleh-Nya.. Pada Norma, harap awak tabah dan kuat melawan penyakit tersebut.. Rafiq sayang, auntie amat bersimpati terhadapmu..


 
                                                                                                                                                                                           

Moga pada bulan yang baik ni, akn tercipta keajaban buat kalian. InsyaAllah..



Tuesday, August 2, 2011

Emosi ibu bapa pengaruhi anak

Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin
norlaila@hmetro.com.my


APABILA tersiar berita wanita Malaysia menduduki tangga ke-16 paling tertekan di dunia, sana sini orang membincangkan isu berkenaan.

Tetapi tahukah kanak-kanak juga mengalami tekanan terutama jika ibu bapa kurang memberi perhatian kepada mereka?

Mungkin ramai ibu bapa tidak sedar bahawa masa yang mereka luangkan untuk anak-anak sebenarnya sangat singkat. Mungkin juga ada ibu bapa kurang bersetuju dengan kenyataan ini, tetapi cuba renungkan, berapa lama masa yang anda luangkan untuk benar-benar bercakap dengan anak?

Adakah kemungkinan masa yang anda peruntukkan bersolek dan menggayakan pakaian di depan cermin atau bersembang dengan kawan di kedai kopi lebih lama berbanding anda bercakap dengan anak-anak?
Mungkin ada yang menggelengkan kepala menandakan tidak. Jika difikir logik, memang tidak mungkin kita menghabiskan masa untuk diri sendiri lebih lama daripada bersama anak-anak namun inilah hakikatnya.

Malah, ada ibu bapa tidak tahu mengenai pengalaman baru yang dilalui di sekolah atau pusat penjagaan kanak-kanak.

Dalam satu kajian pada 1989 hingga 1990 mendapati purata masa yang diluangkan bapa di Australia untuk bercakap dengan anak hanyalah 10 minit.

Jangan geleng kepala dulu
kerana dalam kajian ke atas 10,000 ibu bapa termasuk
di Malaysia pada 1990 hingga 1992, masa yang diluangkan ibu (suri rumah) untuk benar-benar bercakap dengan anak hanyalah lima minit sehari manakala masa yang diambil oleh bapa di Malaysia hanyalah dua minit sehari! Ibu bekerja meluangkan masa lebih lama untuk bercakap dengan anak-anak iaitu lapan minit - mungkin ini disebabkan kesedaran memperuntukkan masa berkualiti bersama anak.

Menurut Perunding Psikologi Klinikal, Paul Jambunathan, tanpa disedari ramai ibu bapa ‘merelakan’ anak mereka membesar dengan pembantu rumah.

Tanpa disedari juga, kebanyakan pembantu rumah yang menjadi ‘dunia’ kepada anak-anak kita lebih memahami emosi mereka.

“Kanak-kanak juga ada banyak emosi, sama seperti orang dewasa. Kanak-kanak yang kurang kasih sayang akan menjadi individu dewasa yang kurang normal hidupnya.

“Mereka akan cepat putus asa, tidak dapat memberikan sentuhan yang mententeramkan kepada pasangan atau anak-anak mereka kelak.

“Kanak-kanak akan sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan perhatian ibu bapa. Mereka mahukan belaian, pelukan, kasih sayang dan pujian daripada ibu bapa. Apa yang membimbangkan ialah apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan daripada kekosongan jiwa anak-anak ini dengan mencabul mereka. Mereka memberikan ‘sentuhan kasih sayang’ dalam cara yang salah.

“Malah, jika sebarang kejadian tidak elok berlaku termasuk pergaduhan antara emak dan ayah, anak-anak terutama yang masih kecil akan menyalahkan diri sendiri kerana beranggapan merekalah punca masalah berkenaan,” katanya dalam Forum Kanak-kanak 2011 anjuran bersama Pertubuhan Kanak-kanak Bersatu Malaysia (Uncom) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Kanak-kanak tidak pandai menggambarkan emosi mereka dengan kata-kata, tetapi ia boleh dilihat dengan jelas melalui perubahan riak muka dan perlakuan.

Namun jika ibu bapa tidak rapat dengan anak, mereka mungkin tidak dapat mengesan perubahan ini.

Sudahlah kurang memahami emosi anak, apabila diminta menyenaraikan keadaan emosi - kebanyakan ibu bapa memberikan emosi yang negatif.

Inilah sebabnya yang selalu membuatkan kita berfikiran negatif sehingga terbawa-bawa apabila bercakap dengan anak.

Emosi dan proses pembelajaran

“KANAK-kanak yang ceria dan gembira boleh belajar dengan lebih baik, sebaliknya kanak-kanak yang selalu dalam keadaan sedih kurang menunjukkan minat untuk belajar. Malah, komunikasi mereka juga akan bersifat negatif.

“Emosi ibu bapa akan mempengaruhi anak-anak. Inilah sebabnya ibu bapa perlu bijak mengawal emosi mereka ketika bersama anak.

“Jika emosi anda negatif, anak-anak akan merasa kesannya. Secara tidak langsung mereka juga akan berasa tidak seronok walaupun ibu bapa ada bersama,” katanya.

Dalam kajiannya pada 1992 hingga 1992, Jambunathan mendapati kanak-kanak belajar perbendaharaan emosi atau perkataan yang menerangkan emosi melalui pengalaman.

Ini bermakna ibu bapa perlu memberitahu perkataan yang betul bagi setiap keadaan emosi seperti seronok, gembira, suka, sedih atau hampa.

“Jika tidak diajar, anak-anak tidak pandai untuk luahkan emosi atau perasaan mereka.

“Kanak-kanak yang tidak dapat melahirkan perasaan mereka dengan baik tidak membesar dengan sempurna,” katanya.

Memberi peluang anak bercakap dalam perbualan keluarga sebenarnya boleh membantu meningkatkan kemahiran mereka berkomunikasi.

Kajian penyelidik ke atas 150 kanak-kanak di bawah Program Penyelidikan Pendidikan Majlis Belanda selama beberapa tahun mendapati mereka dapat menjawab soalan yang diajukan guru dalam kelas dan mampu mematuhi arahan dengan baik.

Peluang bercakap setiap hari (atau hampir setiap hari) secara serius dengan bapa sebenarnya menggembirakan anak-anak. Remaja Britain memberikan diri sendiri skor 87 peratus dalam skala kegembiraan berbanding hanya 79 peratus di kalangan remaja yang jarang bercakap dengan bapa mereka.

Inilah penemuan daripada soal selidik isi rumah rakyat Britain ke atas 1,200 remaja berumur 11 hingga 15 tahun yang dijalankan Universiti York. Ia mendapati hampir separuh responden (46 peratus) berkata sangat jarang bercakap dengan bapa mengenai perkara penting. Kurang daripada 31 peratus responden bercakap dengan ibu hampir setiap hari tetapi hanya 13 peratus yang meluahkan masalah mereka kepada bapa.

Kekerapan bercakap dengan bapa terutama membabitkan perkara penting semakin kurang apabila remaja meningkat dewasa. Data menunjukkan di kalangan kanak-kanak 11 tahun, 42 peratus bercakap lebih sekali seminggu dengan bapa berbanding hanya 16 peratus di kalangan remaja berusia 15 tahun. Keputusan ini lebih kurang sama dengan kajian terdahulu.

Malah, ada penyelidik berpendapat bagi kanak-kanak sekolah rendah, ibu bapa menjadi ‘aset’ terbesar sepanjang waktu persekolahan.

Ini kerana pencapaian akademik anak mempunyai kaitan rapat dengan pembabitan ibu bapa dalam aktiviti sekolah.
Pembabitan ini bukan sekadar membantu anak menyiapkan kerja sekolah, malah menjadi sukarelawan dalam sebarang aktiviti sekolah juga didapati mampu meningkatkan keyakinan dan pencapaian anak dalam pelajaran.

Keselamatan kanak-kanak di rumah

KESELAMATAN di rumah juga sangat penting untuk menjinakkan hati anak-anak.
Gejala lepak berlaku kerana anak-anak berasa tidak selesa di rumah sendiri yang boleh disebabkan pelbagai faktor seperti keadaan rumah sempit, bising atau tekanan daripada ibu bapa.

“Anak-anak berasa selesa ketika melepak kerana mereka diterima oleh kawan. Mereka boleh berkelakuan mengikut kehendak sendiri berbanding ketika bersama ibu bapa. Inilah sebabnya ibu bapa perlu ‘buka telinga’ untuk anak, hanya dengan cara ini barulah kita akan nampak apa yang mereka inginkan,” katanya.
Ibu bapa juga perlu sentiasa mengawal emosi. Pamerkan emosi negatif (seperti marah) pada waktu dan individu yang sepatutnya. Contohnya jika anda marah pada seorang anak, usah babitkan anak yang lain dan pastikan dia tidak dimarah
di tempat awam atau di hadapan kawannya.

“Ibu bapa yang memukul anak biasanya tidak berfikir terlebih dulu. Jarang ibu bapa berhenti sejenak, berfikir dan berkata ‘Ayah/ibu marah dengan sikap awak (nama anak).’


Beri masa kepada diri sendiri untuk berfikir sebelum memukul anak.

“Biasanya anak akan faham dan jika diberi peluang (dengan menunjukkan perlakuan yang betul), mereka belajar untuk tidak mengulangi kesalahan sama.

“Ibu bapa di Malaysia akan marah apabila anak bertanya perkataan yang tidak elok maksudnya seperti bangsat atau perkataan lain yang ada unsur seks.

“Jangan marahkan anak, sebaliknya tanya dari mana mereka dengar perkataan itu kemudian cuba terangkan secara ringkas supaya mereka faham.
“Lebih baik jika anda dapat berikan contoh mengapa perkataan itu perlu dielakkan. Mereka sebenarnya dalam proses belajar dan ibu bapa perlu terima hakikat bahawa sebahagian besar perbendaharaan kata anak-anak datang daripada persekitaran,” katanya.

Selain itu, wujudkan suasana positif di rumah. Contohnya, apabila anak balik dari sekolah, jangan terus terpa telinga mereka dengan arahan tertentu seperti ‘masukkan stokin dalam bakul’ atau ‘susun kasut di rak’ kerana anak akan mendapat emosi negatif.

Alu-alukan kepulangan anak supaya dia berasa senang hati. Ini boleh dilakukan dengan memberi pujian atas kerelaannya ke sekolah, balik tepat masa dan tidak merayau sebelum balik ke rumah, kemudian barulah boleh memberikan arahan.

Bagaimana membantu anak anda menguasai perbendaharaan emosi:
·  Dengar apa yang anak hendak katakan

·  Tanya perasaannya setiap hari

·  Cuba dengar emosi yang tidak diucapkan dan bincangkan dengan anak

·  Hubungkan emosi anak dengan realiti dengan memberi contoh supaya dia faham

·  Bincang dengan anak semasa gembira atau duka

·  Kongsi atau luahkan perasaan anda pada anak
Panduan berkomunikasi dengan anak
CARA Nabi Muhammad s.a.w melayan anaknya sangat istimewa.

Apabila puterinya, Fatimah Az-Zahra datang ke rumah, Rasulullah menyambutnya dengan bangun, memegang tangan, mencium dan memberikan tempat duduknya kepada Fatimah.

Layanan seperti ini akan meninggalkan kenangan manis yang akan dikenang sepanjang hayat berbanding memberikan hadiah.

Malah, ia juga akan membuatkan anak berasa lebih dihargai dan disayangi. Jadi anak-anak perempuan khususnya tidaklah mudah terpikat dengan pujian dan kata-kata manis lelaki lain.

Masalah yang dihadapi kebanyakan bapa (khususnya) ialah tidak tahu apa yang perlu disembangkan dengan anak. Panduan di bawah mungkin boleh membantu anda:

Pilih masa yang sesuai untuk bercakap dengan anak iaitu ketika dia berasa selesa. Sesetengah kanak-kanak tidak sabar hendak bercerita sebaik balik dari sekolah, ada yang boleh tunggu hingga malam ketika kedua-dua ibu bapa ada di 
rumah.
·  Jangan tanya soalan ‘Macam mana sekolah hari ini?’ kerana anda akan dapat jawapan seperti ‘ok’ atau ‘biasa saja.’

·  Sebaliknya tanya ‘Ada perkara menarik berlaku di sekolah hari ini?’
·  Tanya juga mengenai cerita kawannya. Bercerita mengenai orang lain lebih mudah daripada bercerita kisah diri sendiri.

·  Anda juga boleh mengimbas balik kisah lama dan minta anak bercerita mengenainya.
·  Bacakan buku cerita sebelum anak tidur pada waktu malam. Banyak kisah cendekiawan Islam yang boleh diceritakan dan ia secara tidak langsung dapat memperkenalkan anak dengan tokoh Islam terbilang. Cara ini secara tidak langsung akan menggalakkan interaksi antara bapa dan anak.

·  Amalkan solat berjemaah di rumah, jika ada halangan ke masjid. Minta anak yang lebih besar mengalunkan qamat. Anda juga boleh minta anak yang lain jadi ‘pengurus solat’ untuk membentangkan sejadah dan mengemasnya beramai-ramai selepas solat.
·  Jika anak sudah cukup besar dan pandai jaga kelakuan, bawalah anak ke masjid untuk solat berjemaah atau sebarang aktiviti lain.

·  Minta pandangan anak dalam membuat keputusan mudah yang membabitkan urusan rumah tangga contohnya menu pada hujung minggu, barang keperluan ataupun pembahagian tugas membersihkan rumah.
·  Luangkan masa untuk anak dan biar anak tahu anda sentiasa bersedia mendengar cerita atau ada masa untuk mereka. Jika anda lebih mementingkan perkara lain, dikhuatiri anak akan mengadu kepada orang lain, yang mungkin memberi pengaruh tidak elok kepada mereka.

·  Ramai ibu bapa tidak sedar mereka lebih banyak memberi arahan atau bercakap kepada anak, bukan dengan anak. Bercakap kepada anak bermakna bercakap satu hala (dari ibu ke anak), sedangkan apa yang perlu diamalkan ialah komunikasi dua hala.
Namun menurut Jambunathan, jika anda tidak mampu mengawal perlakuan anak, dapatkan bantuan daripada doktor atau pakar psikiatri. Mereka akan bantu anda untuk mengenali sikap anak-anak kerana hampir 70 peratus suara anak-anak tersimpan dalam hat

Monday, August 1, 2011

Memperkasa daya ketahanan si kecil

Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin
norlaila@hmetro.com.my


KAEDAH terbaik untuk menguatkan sistem pertahanan badan anak-anak ialah dengan memberikan susu badan sejak hari pertama mereka dilahirkan.

Susu ibu adalah makanan terbaik dan paling lengkap untuk bayi kerana ia bukan saja mengandungi nutrisi yang bersesuaian dengan umur anak, malah membantu menguatkan daya ketahanan badan si kecil.

Alangkah ruginya jika ada ibu memilih untuk menghentikan penyusuan badan kerana susu ibu mempunyai komposisi khasiat termasuk protein, lemak, fosfat dan laktosa yang berpadanan dengan keperluan anak.

Malah, susu ibu juga dikenal pasti sebagai sumber makanan terbaik untuk membantu pertumbuhan flora dalam usus bayi anda.

Apa kaitan flora (pertumbuhan bakteria baik seperti laktobasilus dan bifidus) dalam usus dengan sistem pertahanan badan atau imun kanak-kanak?
Sebenarnya sebahagian besar sistem imun kita (60 hingga 80 peratus) terletak di usus. Usus kita mengandungi kira-kira trilion bakteria yang diperlukan badan dipanggil bakteria baik atau probiotik.
Bakteria probiotik ini masuk ke dalam badan seseorang bayi ketika dilahirkan secara normal dan ia amat penting untuk kesihatan. Tanpa bakteria ini, kita akan mudah mengalami pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan dengan makanan, kekurangan zat dan sistem imun yang lemah.

Bakteria ini sentiasa bekerja memastikan ia dapat mengawal jumlah bakteria jahat supaya kita tidak mengalami sebarang masalah kesihatan seperti jangkitan.
Dalam proses ini badan akan belajar bertindak balas terhadap serangan bakteria tanpa mengalami gejala jangkitan.

Proses ini sangat penting terutama bagi kanak-kanak kecil kerana sistem imun mereka masih belum cukup kuat dan hanya akan terbentuk sepenuhnya pada umur sekitar tujuh tahun.


Flora usus ini juga bertindak merangsang dan mematangkan sistem imun. Ia akan membolehkan ketoleranan oral (ketahanan pemakanan) pada bayi supaya mereka tidak mengalami masalah apabila diperkenalkan dengan makanan baru. Ia juga akan melindungi bayi daripada kesan bakteria jahat dalam usus.

“Kebanyakan ibu memberikan bayi susu badan secara eksklusif selama enam bulan dan apabila mereka memperkenalkan makanan pejal kepada anak, jumlah pemberian susu badan akan berkurang.

“Pengurangan susu badan juga akan menyebabkan jumlah antibodi yang diterima bayi juga akan berkurang sedangkan ketika inilah berlakunya perubahan flora dalam usus anak bagi menerima bahan baru (makanan).

“Bagaimanapun, jumlah probiotik boleh dikekalkan atau bertambah jika seseorang bayi terus diberikan susu ibu sehingga berusia 12 bulan.

“Jadi, walaupun anda memberikan makanan pejal kepada anak, janganlah dikurangkan jumlah susu kerana ia sangat penting untuk kanak-kanak kecil,” kata Ketua Perunding Pemakanan Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw-John.

Susu badan mengandungi bakteria baik dipanggil laktobasilus yang penting untuk sistem pencernaan si kecil. Bakteria ini hidup di dalam usus dan menjadi antara pelindung penting kepada kanak-kanak daripada masalah cirit-birit dan jangkitan telinga tengah.

Kanak-kanak yang tidak diberi susu badan mempunyai risiko jangkitan telinga tengah lima kali lebih tinggi. Banyak kajian mendapati insiden cirit-birit
di kalangan bayi dan kanak-
kanak yang diberi susu badan lebih rendah berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.

Di seluruh dunia, cirit-birit adalah punca utama kemasukan kanak-kanak ke hospital yang boleh membawa kepada kematian akibat kekurangan air. Ini sebabnya kini kebanyakan susu formula diperkaya dengan laktobasilus bagi memberi perlindungan lebih baik kepada kanak-kanak kecil.

Biasanya anak tidak mengalami masalah seperti buang air terlalu kerap ketika diberikan susu badan secara eksklusif. Masalah biasanya bermula apabila ibu mengurangkan pemberian susu badan (kurang antibodi ke badan anak), diperkenalkan dengan makanan baru atau selepas mereka belajar merangkak kerana bayi akan kerap memasukkan tangan yang kotor ke dalam mulut.


Bersalin normal, imunisasi dan bermain

MENURUT Mary, kanak-kanak yang dilahirkan secara normal mempunyai sistem imun lebih baik berbanding yang dilahirkan melalui pembedahan.

“Ketika melalui saluran kelahiran, bayi didedahkan dengan pelbagai jenis bakteria dan badan si kecil akan membentuk antibodi terhadap bakteria itu,” katanya.

Kajian ke atas najis bayi yang dilahirkan melalui pembedahan mendapati ia mengandungi kurang bakteria berbanding bayi dilahirkan secara normal.

Ia menjadi petanda bahawa bayi dilahirkan secara pembedahan mempunyai kurang antibodi.

“Keperluan memanjangkan tempoh penyusuan badan lebih tinggi di kalangan wanita yang melahirkan anak secara pembedahan.

“Susu badan adalah anugerah tuhan untuk anak-anak kita, jangan biarkan anak membesar tanpa mendapat anugerah yang sangat berharga ini,” katanya.

Ibu bapa boleh membantu meningkatkan kekuatan sistem imun anak dengan membawa mereka mendapatkan suntikan vaksin. Vaksin yang diberikan melalui program vaksinasi
kebangsaan akan melindungi anak anda daripada 10 jenis penyakit dan jika ada wang lebih, anda boleh memberi perlindungan tambahan di klinik atau hospital swasta.

Memberi vaksin kepada anak bermakna anda mendedahkan mereka kepada bakteria dan virus.

Jangan takut, kerana bakteria atau virus atau toksik daripada bakteria dalam vaksin ini sudah dilemahkan.

Apabila bahan ini masuk ke dalam badan, badan secara automatik akan bertindak balas dengan menghasilkan antibodi untuk melawan dan menghapuskan bahan asing itu. Demam selepas mendapat suntikan vaksin menandakan badan anak anda sedang membina antibodinya, jadi usah terlalu risau.
Selain itu, beri lebih kebebasan atau galakkan anak bermain di luar atau terbabit dalam pelbagai aktiviti sukan. Ia bertujuan memberi peluang anak anda terdedah kepada persekitaran semula jadi yang sememangnya banyak bakteria dan virus.

Badan kanak-kanak akan membina daya ketahanannya secara berperingkat-peringkat selagi mereka diberi makanan berkhasiat dan mendapat cukup rehat. Lebih aktif dan banyak pendedahan terhadap persekitaran, seseorang kanak-kanak lebih berdaya tahan terhadap jangkitan.

Pemakanan

IBU bapa boleh memperkenalkan makanan pepejal (lembut) kepada anak selepas umur enam bulan.

Pada ketika ini, usus mereka sudah cukup matang untuk menerima makanan pejal yang lembut.

Memang banyak makanan untuk bayi ada di pasaran dengan pelbagai perisa.

Namun Easaw berkata pada peringkat ini, lebih baik ibu bapa menyediakan sendiri makanan
untuk bayi mereka. Makanan untuk bayi bukan saja mudah disediakan, malah ia dapat membantu ibu bapa mengenal pasti jenis makanan jika anak mengalami alahan.
“Biasanya ibu menyediakan bubur nasi yang dicampur dengan ikan bilis dan sayur kemudian dikisar hingga benar-benar lembut.

“Perkenalkan satu jenis makanan pada satu masa; ini penting jika ada sejarah alahan dalam keluarga. Dalam keadaan ini, jangan beri anak putih telur, kacang, makanan laut dan soya sehinggalah mereka berusia lebih 12 bulan.

“Anda boleh mempelbagaikan dengan memasukkan hirisan ayam dan sayur-sayuran seperti bayam, lobak atau kekacang ke dalam bubur nasi, tetapi jangan sekali-kali memasukkan gula dalam makanan bayi sehinggalah dia berusia setahun.
Kita tidak mahu terlalu cepat memperkenalkan gula kepada anak.

“Namun tidak mengapa jika bahan makanan itu mempunyai rasa manis secara semula jadi seperti keledek, tembikai susu, betik atau pisang. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber prebiotik iaitu makanan yang boleh merangsang pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus.

“Anda boleh sediakan yang ringkas, tetapi berkhasiat dengan mengukus labu atau keledek dan lenyek hingga halus (diberikan kepada anak secara berasingan). Anda juga boleh berikan tomato kukus lenyek, tetapi perlu diasingkan bijinya terlebih dulu.

“Bagi wanita yang banyak menyimpan susu badan dalam peti sejuk, bolehlah masukkan susu ini ke dalam keledek atau labu lenyek untuk dijadikan seperti bubur. Ini akan menambah khasiat makanan bayi anda,” katanya.

Jika kali pertama bayi anda tidak mahu makan makanan yang disediakan, jangan bimbang atau mencari makanan lain. Ini adalah perkara biasa bagi bayi terutama jika ia pertama kali diberikan; teruskan memberi makanan itu dua atau tiga kali lagi. Lama kelamaan mereka akan dapat menerima makanan baru berkenaan.

Selain itu berikan air secukupnya kepada si kecil. Air di sini bermakna air kosong atau suam, bukan jus buah-buahan yang mengandungi banyak gula kecuali jika ia 100 peratus jus buah. Jika mahu memberikan anak jus, hadkan kepada segelas sehari.

“Mengapa? Gula dalam makanan atau minuman sebenarnya boleh melemahkan daya ketahanan badan anak, membuatkan mereka lebih mudah mendapat jangkitan. Gula disifatkan sebagai makanan yang mengandungi kalori kosong (ada kalori tetapi tiada zat) yang boleh menyumbang kepada penambahan berat badan dan masalah kegemukan.

“Sistem imun kita sama ada kanak-kanak atau orang dewasa umpama taman yang perlu dijaga, dibaja dan disiram. Caranya untuk menjaga ‘taman’ dalam badan kita ini ialah dengan sentiasa mengamalkan pemakanan seimbang, minum banyak air, bersenam dan berehat secukupnya,” katanya.


LANGKAH untuk meningkatkan daya ketahanan dari hari pertama kelahiran hingga satu tahun:
·  Berikan bayi susu badan secara eksklusif selama sekurang-kurangnya enam bulan dan teruskan sehingga 12 bulan.

·  Perkenalkan makanan bercerai susu yang sesuai dan berkhasiat, seeloknya disediakan sendiri di rumah.
·  Teruskan memberi susu (susu tumbesaran) kepada anak.
·  Boleh berikan produk mengandungi probiotik seperti dadih selepas anak berumur tujuh bulan atau dua tahun bagi minuman berkultur.

·  Beri anak minum air secukupnya, bukan jus yang mengandungi banyak gula.
·  Pastikan anak anda mendapat tidur dan rehat secukupnya. Kekurangan tidur boleh melemahkan daya ketahanan badan si kecil.

(Article yg amat bergune utk yg bergelar parents.. BTW, as a mummy, i'm so proud of myself cuz exclusively bfeed my baby without any formula milk 12 months..!!! n until now Dania still bfeed n mummy n diddy dun mind at all.. 3 years babe..! Alhamdulillah..)

LeMaNg

Kali ni lik kampung bfore ramadhan.. Ad mission utk buat L.E.M.A.N.G. kekeke.. Abah dh standby kan buluh n daun pisang, so, tugas ktorg hanyalah alaskan buluh dgn daun pisang dan isikan beras pulut.

So, sabtu pg lepas bfast n sesambil mak buat rendang daging, ktorg bertungkus lumus alaskan buluh tu dgn daun pisang.. Perghhhh.. Patut le org jual mahal sbb buatnye bukan le mudah ye kekwn.. keke..
                                                                                                                                                                                                                  
 



Lemang dah selamat dibakar 

 
Dania tengah menghalau si botol yg sbuk nk duk leg park ngn ktorg.. hehe.. ("botol" adalah nm kambing tersebut ye..)
                                                                         
                                                                                                                                                                                                                            




Abah tgh tunjuk skill menebas dgn betul pd menantunye.. Hahaha..
                                                                                                                                                             
                                                           


Lemang yang telah masak..