AsMissY Blog List

Wednesday, June 1, 2011

BabyTV sedia program berorientasi pendidikan

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat yang terbaik untuk membolehkan mereka membesar sebagai individu ceria, sihat dan mempunyai pelbagai kebolehan.

Oleh kerana pembelajaran bermula lebih awal daripada umur persekolahan, maka pembangunan awal dan pendidikan kanak-kanak memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman seseorang untuk membina kejayaan pada masa akan datang.

BabyTV menghidangkan episod jangka pendek yang meneroka tema pembelajaran awal dengan memberi penekanan terhadap interaksi antara ibu bapa dan anak mereka.
Program ini dikategorikan dalam sembilan tema Konsep Pertama, Alam Semula Jadi & Haiwan, Muzik & Seni, Imaginasi & Kreativiti, Pembinaan Persahabatan, Aktiviti, Teka-Teki, Lagu & Rima dan Cerita.

(Harian Metro)

Rupenye BabyTV ni baru, patut pun xpenah tau.. Cuz yang selalu si cenonit bukak antara 611 (Ceria), 613 (Playhouse Disney) je.. Ape pun, mmg bagus utk progress bebudak yg sedang membesar..!!!

No comments:

Post a Comment